MAKSU URUTAN SPA TRADISIONAL

MAKSU URUTAN SPA TRADISIONAL
PAKEJ MENARIK DARI MAKSU URUTAN SPA TRADISIONAL

Khamis, 30 Ogos 2018

🍂 TANGAS HERBA 🍂

🍂 TANGAS HERBA 🍂
Tangas Herba amat sesuai untuk ibu lepas bersalin/pantang. Tangas Herba sama seperti Sauna Herba tetapi Tangas Herba agak berlainan caranya kerana Tangas Herba dirumus dari rempah dan daun-daun kayu khas dari Maksu. Tangas Herba dapat membantu mengeluarkan darah nifas yang kotor dalam badan yang disimpan selama 9 bulan sewaktu mengandung. Ia juga dapat menyegarkan badan ibu-ibu lepas bersalin.

🍂 LULUR SATU BADAN 🍂

🍂 LULUR SATU BADAN 🍂
Lulur amat sesuai untuk yang ingin membuang segala daki degil yang melekat pada badan,celah leher,ketiak dan celah peha. Ia juga bantu memutihkan badan dan dapat menghaluskan kulit. Anda boleh memilih lulur herba atau kopi. Lulur herba amat sesuai untun ibu lepas bersalin/pantang. Untuk ibu lepas bersalin/pantang,lulur herba akan dilakukan selepas berpantang 44 hari.

🌹 MANDIAN AURA SERI 🌹

🌹 MANDIAN AURA SERI 🌹
Mandian Aura Seri amat sesuai untuk bakal pengantin atau ibu lepas bersalin yang ingin menaikkan aura seri pada wajah dan dalam badan. Ia juga mampu menaikkan aura positif dalam diri kita.

🍂 SAUNA BIASA/HERBA 🍂

🎀 SAUNA BIASA/HERBA 🎀
Sauna juga dapat membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan. Anda juga boleh memilih untuk bersauna biasa ataupun herba. Ketahanan bersauna juga mengikut pada badan masing-masing. Lagi lama bertahan bersauna lagi bagus 👍🏻

🌹 URUTAN NAIKKAN PERANAKKAN 🌹


🎀 URUTAN NAIKKAN PERANAKKAN 🎀
Urutan Naikkan Peranakkan amat sesuai untuk ibu lepas bersalin/berpantang atau wanita yang beru keguguran. Urutan ini dapat membantu menaikkan peranakkan dan memperbetulkan kedudukan peranakkan. Ia juga dapat membantu menguatkan rahim.

🌹 URUTAN SATU BADAN 🌹

🎀 URUTAN SATU BADAN 🎀
Urutan ini amat sesuai untuk wanita yang lenguh dan sengal-sengal badan. Minyak urutan adalah minyak khas yang dibuat oleh Maksu sendiri.

🍂 MANDIAN HERBA 🍂

🎀 MANDIAN HERBA 🎀
Mandian Herba adalah dirumus oleh rempah khas oleh Maksu dan daun-daun kayu yang disediakan oleh Maksu. Mandian Herba amat sesuai untuk ibu lepas bersalin atau ibu dalam pantang. Ia dapat menyegarkan keseluruh badan dan dapat menghilangkan segala bau-bauan yang melekat pada badan.

🎀 MANDIAN SINTOK 🎀
Mandian Sintok dirumus oleh limau dan kayu sintok. Ia amat sesuai untuk ibu lepas berpantang atau ibu dalam pantang. Mandian Sintok dilakukan setelah habis berpantang selama 44 hari. Ia dapat membantu memulihkan semangat dan tenaga ibu-ibu lepas bersalin.